UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :PN Literature (General)
Main Author :Md Idris Mohd Rashid, Mohd Nawi Norita Azrini,
Title :Nilai modal insan dalam novel sebagai sumber transformasi identiti belia di Malaysia
Year of Publication :2012

Abstract :
Makalah ini melihat keampuhan Teori Falsafah Bahasa sebagai wahana penyampai nilai dan ilmu. Teori ini menekankan tiga prinsip asas, iaitu berbahasa dengan menggunakan nahu yang betul mengikut konteks, berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang benar, dan berbahasa sebagai suatu ibadah. Rata-rata masyarakat di Malaysia terutama golongan belia amat menggemari genre novel sebagai bahan bacaan. Kehidupan beragama juga menjadi pilihan majoriti masyarakat Malaysia termasuk golongan belia. Novel yang dipilih ialah ‘Seteguh Karang’ yang dipelajari di sekolah menengah telah memperlihatkan prinsip-prinsip dalam teori ini diamalkan. Di samping itu, novel ini juga telah membuktikan wujudnya nilai modal insan yang mampu menjadi penjana dan penghubung transformasi identiti belia di Malaysia. Berdasarkan data yang dianalisis, terbukti lima nilai modal insan untuk membangunkan generasi yang mempunyai ciri-ciri berikut i) kualiti asas jasmani, emosi, rohani dan intelektual, ii) berjiwa besar dan cita-cita menggunung, iii) mengamalkan al-Quran dan al-Sunnah atau berakhlak mulia, iv) mempunyai pandangan hidup dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, dan v) berdikari.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.