UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Sejak Islam datang ke Alam Melayu, bermulalah penggunaan tulisan jawi. Tulisan ini pula melalui pelbagai sistem ejaan. Sebagai susulan kepada perkembangan tulisan Jawi ini, lahirlah Khat Islami. Lebih tepat digelar seni khat Islami daripada istilah khat Arab (Muhammad Bukhari Lubis, 1995: 34). Sebenamya di Alam Melayu amnya dan Malaysia khasnya Khat Islami juga berkembang dan diminati oleh kebanyakan orang. Oleh sebab itu contoh-contoh hasil tulisan ini boleh dilihat dalam pelbagai bahan seperti kertas, ubin, marmar, kayu, bulu ayam, bulu kambing, kaca dan sebagainya (boleh didapati daripada Koleksi Bukhari Lubis). Tempat atau ruang yang menerima tulisan khat ini adalah seperti buku, majalah, bangunan, dewan, kedai, iklan, papan tanda bandar atau jalan; dan tidak ketinggalan, malah yang terpenting, masjid (Muhammad Bukhari Lubis, 1995b: 32-34). Ini membuktikan bahawa di Malaysia juga terdapat beberapa tokoh Khat Islami ini. Ada yang terlatih di negara kita sahaja, dan tidak kurang yang terlatih dari negara-negara Arab seperti Mesir dan Arab Saudi. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |