UPSI Digital Repository (UDRep)

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apresiasi pendidikan seni dengan menggunakan multimedia interaktif bertajuk ‘lawatan ke Balai Seni Lukis Negara

AVAILABLE Book Section 3343 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apresiasi pendidikan seni dengan menggunakan multimedia interaktif bertajuk ‘lawatan ke Balai Seni Lukis Negara
Type
Book Section
Main Author
Hassan Iberahim, Mohd Ghazali Hassan, Omar Jamilah,
Subject
N Visual arts (General) For photography, see TR
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
Year of publication
2006

Abstract

Bidang apresiasi seni merupakan salah satu daripada topik sukatan pelajaran pendidikan seni. Bidang ini menitikberatkan pengetahuan dalam bidang sejarah seni lukis Malaysia, Perkembangan Serii Visual serantau dan penghayatan karya pelukis Malaysia. Bidang ini juga merupakan bidang yang paling sukar diajar di peringkat persekolahan, kerana realitinya bidang pendidikan seni dibebani dengan pengajaran berdasarkan aspek psikomotor. Justeru itu pengajaran dalam bentuk teori agak sukar untuk diajar kerana terdapat pelajar membuat tanggapan bahawa pendidikan seni adalah mata pelajaran kerajinan yang tidak melibatkan aspek teori. Penggunaan bahan pengajaran dalam pendidikan seni telah pun lama digunakan, guru-guru kebiasaannya menggunakan carta, slaid dan overhead projector sebagai bahan pengajaran dalam bilik seni. Namun demikian penggunaan bahan multimedia masih belum diuji keberkesanannya terutama dalam pembelajaran kendiri dalam pendidikan seni. Oleh yang demikian dapatan kajian ini merupakan dapatan awal yang akan membantu penyelidikan dikemudian hari.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.