UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kursus Lepasan Ijazah (Matematik) yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan telah memuatkan Geometer Sketchpad GSP) di dalam kurikulumnya sebagai salah satu komponen teknologinya dan pelajar-pelajar dimestikan mempunyai kemahirannya setelah tamat pengajian. Maka sasaran penggunaan GSP di sekolah-sekolah menengah adalah salah satu objektif Kementerian Pendidikan dan diharapkan projek ini dapat merealisasikan kehendak itu. Memandangkan era teknologi dan penggunaan ICT yang begitu pesat, maka penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Dalam projek ini satu prototaip perisian menggunakan GSP untuk pengajaran dan pembelajaran mengikut kemahiran dan tajuk-tajuk kurikulum matematik di sekolah menengah telah dibangunkan, diuji dan dikaji agar satu pengkalan data perisian pengajaran pembelajaran berkaitan geometri diwujudkan dan digunakan oleh pelajar-pelajar yang bakal menjadi guru. Prototaip ini mengandungi lima bahagian utama: tutorial, penyelesaian masalah, ujian, rujukan dan bantuan. Kajian awal mendapati 66.6% pelajar berpendapat bahawa multimedia interaktif adalah perlu di dalam topik ini dan video klip dapat membantu meningkatkan kefahaman mereka. Pakej perisian ini adalah merupakan suatu projek awal untuk mengenai pasti kelebihan aplikasi GSP di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik tambahan. Oleh itu masih terdapat ruang untuk pembaikan agar perisian ini akan lebih ‘mesra pengguna’ dan seterusnya dapat membantu pengguna untuk lebih faham dalam sesuatu topik. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |