UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :book_section
Subject :G Geography (General)
Main Author :Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Marzuki Mazdi, Ishak Abdul Jalil,
Title :Impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands
Place of Production :Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
Year of Publication :2006

Abstract :
Cameron Highlands mula menjadi terkenal sebagai pusat peranginan tanah tinggi setelah dibuka oleh juru ukur British, William Camerons pada tahun 1888. Keindahan kawasan ini dengan kekayaan persekitaran sejadi yang menarik dan keunikan suhu (cuaca) menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan yang diminati oleh pelancong. Kesannya, Cameron Highlands telah membangun dengan pesat terutama dengan pembinaan hotel, ‘chalet’ dan kemudahankemudahan lain untuk kemajuan industri pelancongan. Di samping itu, pembangunan tanah juga pesat dilakukan untuk kegiatan pertanian (terutama sayur-sayuran berhawa dingin dan bunga-bungaan), pembinaan jalan raya dan petempatan. Pembangunan yang mendadak ini telah mengakibatkan pelbagai masalah alam sekitar terutama penerokaan tanah “haram” di Lembangan Bertam yang menjadi nadi keseimbangan ekosistem di kawasan ini. Oleh itu, satu kajian berkaitan impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands telah dijalankan. Kajian ini dilakukan melalui penggunaan data skunder daripada agensi-agensi kerajaan dan pemerhatian di lapangan serta kaji selidik terhadap 150 orang responden. Kajian ini cuba melihat pengaruh pembangunan dan kesan kualiti alam sekitar di kawasan ini di samping mengenai pasti langkah-langkah pemeliharaan yang perlu dilakukan bagi menjamin pengekalan “keunikan” kawasan pelancongan tanah tinggi ini pada masa kini dan akan datang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.