UPSI Digital Repository (UDRep)

Penggunaan pengangkutan jalan raya dan keselamatan pelajar sekolah : kajian kes di Majlis Daerah Tanjong Malim

AVAILABLE Book Section 1737 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Penggunaan pengangkutan jalan raya dan keselamatan pelajar sekolah : kajian kes di Majlis Daerah Tanjong Malim
Type
Book Section
Main Author
Marzuki Mazdi, Ishak Abdul Jalil,
Subject
H Social Sciences (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
Year of publication
2006

Abstract

Kajian ini dilakukan dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang penggunaan pengangkutan jalan raya dan tahap keselamatan pelajar sekolah di Daerah Batang Padang. Penggunaan kenderaan yang dikaji adalah penggunaan bas termasuk van sekolah dan basikal. Kawasan kajian pula melibatkan suatu kawasan majlis daerah di Daerah Batang Padang, iaitu Majlis Daerah Tanjong Malim. Kajian ini melibatkan 5 buah sekolah menengah, iaitu sebanyak 3 buah di Tanjong Malim dan 2 buah di Sljm River. Jumlah sampel kajian ialah 429 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Kaedah kajian yang dijalankan adalah temu bual, pemerhatian dan catatan, analisis" keadaan basikal dan kaji selidik. Responden berpendapat tahap perkhidmatan bas yang ada pada keseluruhannya adalah pada tahap sederhana, kecuali dari segi jumlah perkhidmatan bas serta tempat duduk yang tidak mencukup- bagi menampung jumlah pelajar yang ramai. Melalui kajian ini juga didapati jarang berlaku perkara-perkara seperti pelajar turun bas secara tergesa-gesa, tidak sopan semasa berada di dalam bas, mengganggu tumpuan pemandu bas, dan jumlah penumpang yang melebihi muatan pada situasi sederhana. Walaubagaimanapun, terdapat juga perlakuan-perlakuan negatif segolongan pelajar yang mengancam keselamatan diri pelajar sendiri dan mengganggu ketenteraman penumpang lain terutamanya pelajar perempuan. Merujuk kepada analisis keadaan basikal, kajian mendapati basikal-basikal pelajar adalah antara tahap baik ke tahap sederhana di mana terdapat kekurangan dari segi penjagaan lampu dan loceng basikal. Didapati 100 peratus pelajar yang berbasikal tidak menggunakan topi keledar keselamatan. Hasil kajian juga mendapati pelajar tidak berpuas hati dengan keadaan lalu lintas di mana kurang kerjasama diperolehi daripada pengguna jalan raya yang lain. Daripada keseluruhan hasil kajian, kesimpulan yang dapat dibuat ialah lorong-lorong khas di jalan raya bagi pelajar yang berbasikal perlu disediakan. Di samping itu, pendidikan bagi memberikan kesedaran kepada pelajar tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan jalan raya, sama ada menaiki bas atau menunggang basikal perlu dipergiatkan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.