Perlakuan metakognitif pelajar tingkatan empat dalam penyelesaian masalah Matematik Tambahan
Type
Book Section
Main Author
Saad Noor Shah, Mohd. Tajudin Nor ’ain, Rahma Fainida, Musa Muzirah, Mat Norazian Aini, Zamzamir Zamzana,
Subject
L Education (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
Year of publication
2006
Abstract
Kajian kes ini terbahagi kepada dua fasa. Fasa I bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar tingkatan 4 terhadap cara perlakuan metakognitif dengan menggunakan soal selidik berdasarkan “Reliability and Validity of State Metacognitive Inventory: Potential for alternative assessment” yang diperkenalkan oleh O’Neil dan Abedi. Fasa 2 dilaksanakan secara temu bual beipasangan dengan menggunakan instrumen soalan penyelesaian aljabar dan protokol temu bual. Sampel kajian terdiri daripada 238 orang pelajar tingkatan empat di sepuluh buah sekolah menengah harian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar-pelajar tingkatan empat tentang perlakuan metakognitif semasa menyelesaikan masalah bagi matematik tambahan adalah memuaskan dengan minnya adalah 2.77. Pelajar-pelajar yang berpencapaian cemerlang mempunyai persepsi yang lebih positif semasa menyelesaikan masalah berbanding dengan pelajar berpencapaian sederhana dan lemah. Didapati korelasi di antara persepsi pelajar terhadap aspek perlakuan metakognitif dan pencapaian adalah signifikan. Malah, pelajar lelaki dan perempuan yang berpencapaian cemerlang menunjukkan cara perlakuan metakognitif yang amat baik. Pelajar lelaki dan perempuan berpencapaian sederhana pula mempunyai cara perlakuan metakognitif yang sederhana. Manakala, pelajar lelaki dan perempuan berpencapaian lemah mempunyai cara perlakuan metakognitif yang lemah. Antara kesukaran tersebut adalah dalam mengenai pasti idea utama dalam soalan, membuat perkaitan maklumat dalam soalan dengan rajah yang diberi, mengingat rumus perimeter semibulatan, mengaitkan maklumat yang relevan dan membezakan sesuatu maklumat dalam merancang langkah penyelesaian, menterjemah idea-idea utama dalam bentuk sebutan dan ungkapan aljabar, membentuk dan membuat perkaitan persamaan yang melibatkan dua anu,mengenai pasti persamaan linear dan tak linear dalam proses menyelesaikan persamaan serentak dan memfaktorkan persamaan kuadratik.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.