Kurikulum pelajaran vernakular Melayu di Tanah Melayu pada zaman kolonial British sehingga perang dunia kedua
Type
Article
Main Author
Ariffin Khairi, Saadon Ramli, Ali Ismail,
Subject
D History (General)
ISSN
1511-1989
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2012
Abstract
Pelajaran vernakular diperkenalkan oleh kolonial British untuk memberi pengetahuan kepada anak-anak orang Melayu supaya mereka boleh membaca dan memahami arahan. Sekolah-sekolah vernakular yang diperkenalkan hanya bertujuan menyedarkan orang Melayu tentang kebolehan membaca, menulis dan mengira. Tahap pelajarannya hanya di peringkat rendah sahaja. Kemudahan yang ada di sekolah-sekolah yang dibina di kampung-kampung amat kurang dan hanya sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kolonial British. Kurikulum yang dilaksanakan juga amat rendah tahap akademiknya. Mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah berkenaan tidak mempunyai hala tuju untuk meningkatkan taraf akademik anak-anak Melayu ke peringkat sekolah menengah kerana pelajaran vernakular berkenaan terhenti di peringkat rendah. Kebanyakan mereka yang tamat belajar hanya layak memegang jawatan paling rendah dalam pentadbiran kerajaan kolonial. Akhirnya, lepasan pendidikan Melayu berkenaan kembali semula kepada pekerjaan asal keluarga mereka sebagai petani dan nelayan di kampung-kampung. Jelas kepada kita bahawa kolonial British melaksanakan pelajaran dalam kalangan anak-anak Melayu sebagai salah satu cara atau jalan untuk mewujudkan kestabilan politik, mengekalkan status quo orang Melayu, melahirkan pekerja-pekerja rendah dan menghapuskan buta huruf semata-mata.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.