UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik kursus tamadun Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris

AVAILABLE Book Section 4247 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information
Title
Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik kursus tamadun Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Type
Book Section
Main Author
Jemali Misnan, Hashim Ibrahim, Kasim Ahmad Yunus, Bistamam Mohamad Nasir,
Subject
L Education (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
Year of publication
2006

Abstract

Gaya pembelajaran merupakan antara faktor penting yang menentukan pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan. Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan gaya pembelajaran di kalangan pelajar kursus Tamadun Islam TITAS 1, perbezaan gaya dan strategi pembelajaran mengikut pencapaian akademik. Tiga gaya pembelajaran yang dikaji ialah motivasi, mendalam dan mendatar. Kajian menggunakan kaedah tinjauan semasa dan sampelnya terdiri daripada 400 pelajar semester dua di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Data dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS untuk menentukan korelasi intra dan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik serta ujian-t untuk melihat perbezaan gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran mengikut pencapaian akademik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa walaupun wujud hubungan positif antara ketiga-tiga gaya pembelajaran, hubungan antara gaya motivasi dan mendalam adalah lebih kuat dengan pencapaian TITAS 1. Aras motivasi mempunyai pengaruh ke atas pembelajaran mendalam dan permukaan. Pelajar cemerlang lebih banyak menggunakan gaya motivasi dan mendalam berbanding dengan pelajar sederhana dan lemah. Implikasi kajian ini kepada universiti, sekolah, para pensyarah, guru dan pelajar khasnya dalam kursus Tamadun Islam (TITAS 1) turut dibincangkan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.