UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 yang menekankan Sistem Pendidikan Kebangsaan bertaraf dunia telah menegaskan pentingnya ‘mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kreatif dan kritis’ di kalangan pelajar-pelajar (Kementerian Pendidikan 1995). Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan. Perkembangan daya intelek individu diberikan penekanan utama dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bersama-sama dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi. Selaras dengan Saranan ini, maka kemahiran berfikir telah dijadikan satu daripada elemen utama dalam sistem pendidikan kita sebagai usaha untuk meningkatkan perkembangan intelek pelajar. Kemahiran berfikir dijadikan agenda pendidikan utama dalam Wawasan 2020 sebab dalam menghadapi cabaran era globalisasi hanya pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir kritis dan kreatif sahaja yang boleh mengharunginya dengan jaya. Oleh itu, pelajar-pelajar dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi perlu dilengkapkan dengan kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) terutama dalam menangani masalah ledakan ilmu. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |