UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan antara kemahiran berfikir kritis dan pencapaian akademik pelajar-pelajar UPSI

AVAILABLE Book Section 1496 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Hubungan antara kemahiran berfikir kritis dan pencapaian akademik pelajar-pelajar UPSI
Type
Book Section
Main Author
Jantan Ramlah,
Subject
L Education (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
Year of publication
2006

Abstract

Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 yang menekankan Sistem Pendidikan Kebangsaan bertaraf dunia telah menegaskan pentingnya ‘mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kreatif dan kritis’ di kalangan pelajar-pelajar (Kementerian Pendidikan 1995). Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan. Perkembangan daya intelek individu diberikan penekanan utama dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bersama-sama dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi. Selaras dengan Saranan ini, maka kemahiran berfikir telah dijadikan satu daripada elemen utama dalam sistem pendidikan kita sebagai usaha untuk meningkatkan perkembangan intelek pelajar. Kemahiran berfikir dijadikan agenda pendidikan utama dalam Wawasan 2020 sebab dalam menghadapi cabaran era globalisasi hanya pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir kritis dan kreatif sahaja yang boleh mengharunginya dengan jaya. Oleh itu, pelajar-pelajar dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi perlu dilengkapkan dengan kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) terutama dalam menangani masalah ledakan ilmu.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.