UPSI Digital Repository (UDRep)

Motif purba dalam penghasilan produk batik

AVAILABLE Book Section 1819 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Motif purba dalam penghasilan produk batik
Type
Book Section
Main Author
Hasan Achmad Sopandi,
Subject
ND Painting
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
Year of publication
2006

Abstract

Kertas kerja ini akan membentangkan hasil kajian yang dijalankan untuk meneliti secara khusus tentang sejauh mana sumbangan dan peranan motif purba dalam penghasilan produk batik kontemporari. Kajian ini dibuat untuk menyingkap sama ada motif lukisan gua yang dihasilkan oleh masyarakat silam di negeri Perak dapat dipindah alih dalam penghasilan produk batik masa kini. Khazanah budaya silam ini perlu dipelihara supaya tidak pupus ditelan zaman dan dapat ditelaah oleh segenap lapisan generasi. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan membincangkan penggunaan semula reka corak yang terdapat d dinding gua purba dapat di transformasi ke konteks masa kini .untuk membolehkan penghasilan produk batik. Motif purba yang pelbagai menyimpan seribu makna dan boleh dijadikan sumber ilham dan pembuka minda para karyawan seni masa kini. Kertas kerja ini juga turut membincangkan rahsia di sebalik motif purba dan kemahiran yang menjadi amalan masyarakat pada zaman dahulu. Warisan ini mampu berperanan sebagai gedung pengetahuan yang boleh ditimba oleh semua, perlu diketengahkan bukan sahaja kepada masyarakat tempatan, bahkan ke peringkat antarabangsa. Di samping itu, dapatan kajian dapat dimanfaatkan dalam pengeluaran industri batik di Malaysia.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.