UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Makalah ini bertujuan menjelaskan kata sifat (kata adjektif) bahasa Melayu yang berfungsi sebagai penerang kata kerja. Berdasarkan teori golongan kata, khususnya bahasa Inggeris, kata yang menerangkan kata kerja ialah kata adverba, iaitu adverba cara. Hal yang sama berlaku terhadap golongan kata bahasa Melayu, iaitu tanggapan bahawa kata sifat yang menjadi unsur pengisi bagi gatra selepas gatra kerja ialah kata adverba atau kata keterangan dan bukan kata sifat. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, golongan kata yang dimuatkan dalam gatra penerang kata kerja dianggap sebagai kata sifat dan bukan kata adverba. Terdapat empat sebab mengapa kata sifat ini tidak dianggap sebagai kata adverba, pertama, tiadanya perubahan dalam morfologi; kedua, kata sifat masih mengekalkan posisi yang sama, iaitu dalam posisi penerang; ketiga, wujudnya perbezaan antara gatra dan unsur pengisi, manakala yang terakhir golongan kata bagi sesuatu bahasa tidak boleh diterjemahkan, melainkan perkataan sahaja. Berdasarkan keempat-empat ciri ini, maka tidak semua kata sifat dianggap sebagai kata adverba, melainkan mengekalkan golongannya sebagai kata sifat. Bagi menghuraikan aspek ini, teknik gatra dan unsur pengisidigunakan. Data yang menjadi bahan kajian terdiri daripada lima buah buku biografi wanita (kira-kira 150 000 patah perkataan) yang telah dimuatkan ke dalam Word Smith 4 bagi memudahkan analisis terhadap perlakuan kata sifat. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |