UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :book_section
Subject :G Geography (General)
Main Author :Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Marzuki Mazdi,
Title :Kajian impak pembangunan terhadap alam sekitar di Lembah Bernam (Tanjong Malim)
Place of Production :Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
Year of Publication :2006

Abstract :
Dalam tempoh dua puluh tahun kebelakangan ini, isu-isu dan krisis alam sekitar hangat diperkatakan dan ia sering dikaitkan dengan proses pembangunan ekonomi dan sektoral yang berlaku di sesebuah negara atau wilayah. Dalam usaha memastikan arus pembangunan perdana sampai kepada seluruh masyarakat, kerajaan mengambil pendekatan mewujudkan kawasan/koridor pembangunan baru khususnya ke bahagian selatan dan utara dari Lembah Kelang. Dalam hal ini. Lembah Bemam menjadi fokus utama kerana kedudukannya yang strategik antara Kuala Lumpur-Ipoh-Pelabuhan Kelang. Pelbagai projek pembangunan utama telah dirancang dan mula bertapak di Lembah Bernam seperti Taman Perindustrian Bernam, Behrang 2020 dan Bandar Proton. Lembah Bernam agak unik dari segi kedudukan kerana melibatkan kepentingan dua negeri antara Selangor dan Perak, berada di kaki Banjaran Titiwangsa, mempunyai banyak sistem saliran yang menyokong sungai utama, iaitu Sungai Bernam, iklim mikro yang agak dingin, persekitaran yang masih selesa, masalah kemerosotan kualiti alam sekeliling kurang, pertumbuhan penduduk pada tahap rendah dan masyarakat yang masih menyerlahkan sifat tradisional. Justeru, keunikan ekosistem Lembah Bernam perlu diteroka dengan acuan yang tersendiri. Segala bentuk pembangunan yang dirancang, perlu dipantau bagi memastikan impak alam sekitar ekoran pembangunan itu adalah pada skala yang minimum dan dapat dibendung. Kajian awalan ini akan memaparkan aspek-aspek pembangunan dan status alam sekitar semasa di kawasan Lembah Bernam khususnya di Tanjong Malim dan Behrang (tumpuan fasa 1).
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.