UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :L Education (General)
Main Author :Mohamed Isa Zainiah,
Title :Keberkesanan penggunaan buku cerita bergambar yang telah ditetapkan tahap bacaannya terhadap peningkatan tahap bacaan kanak-kanak (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2009
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Bahan bacaan perlu disesuaikan dengan tahap pembacaan kanak-kanak agar kanak-kanak mudah dan berminat untuk membaca. Oleh itu suatu sistem pemeringkatan buku adalah perlu agar kanak-kanak disediakan dengan buku yang bersesuaian dengan tahap pembacaannya. Oleh kerana di tadika terdapat kanak-kanak yang berbeza tahap pembacaannya iaitu tahap pembaca baru (tahap 1), pembaca awal (tahap 2) dan pembaca maju (tahap 3); perlulah disediakan buku-buku bagi pembaca di tahap-tahap tersebut Oleh itu kajian eksperimen ini ingin melihat kesan penggunaan buku cerita yang telah diperingkatkan untuk pembaca tahap 1, tahap 2 dan tahap 3 terhadap pemunculan literasi kanak-kanak prasekolah di Malaysia. Sebanyak 40 sampel kanak-kanak telah dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kawalan secara rawak. Buku cerita dibacakan secara kuat kepada kanak-kanak selama 15 mint sehari selama 5 minggu. Hasil dapatan secara peratusan dan ujian t menunjukkan perbezaan di antara kumpulan rawatan dan kawalan dari segi tahap pemunculan literasi. Dapatan secara keseluruhan bagi Peningkatan Pemunculan Literasi Tahap 1, Tahap 2, dan Tahap 3 menunjukkan perbezaan yang signifikan iaitu bagi tahap 1 (0.015), tahap 2 (0.000) dan tahap 3 (.004). Tahap 1 menunjukkan kesan yang lebih baik berbanding dengan tahap 3 iaitu menunjukkan membaca buku yang diperingkatkan dapat memberikan kesan kepada pembaca tahap 1 dan 3. Akan tetapi bagi tahap 2 kajian ini tiada menunjukkan kesan yang signifikan kepada pembaca tahap ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)