UPSI Digital Repository (UDRep)

Tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar biologi

AVAILABLE Thesis 2606 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar biologi
Type
Thesis
Main Author
Siti Shahida Mohd Azri
Subject
Q Science (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar biologi. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif di mana kaedah tinjauan digunakan bagi melaksanakan kajian tersebut. Sampel kajian telah dipilih secara rawak berstrata iaitu terdiri daripada 120 orang pelajar tingkatan 4 aliran sains tulen yang mengambil subjek biologi sebagai elektif di empat buah sekolah di daerah Kulai, Johor. Sampel tersebut telah dibahagikan berdasarkan lokasi sekolah dan jantina pelajar. Instrumen yang telah digunakan adalah ujian kemahiran proses sains bersepadu berasaskan Malaysia (MB-BISPSI) dan soal selidik kemahiran abad ke 21 yang berkonsepkan Malaysia (M-21 CSI). Kesemua instrumen yang digunakan mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Data-data diperoleh dikumpul dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS perisian 20.0. Ujian MANOVA dijalankan bagi menguji hipotesis nul pertama. Seterusnya, ujian korelasi dilakukan untuk menilai hipotesis nul kedua. Hasil kajian mendapati bahawa (1) tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi jantina dan lokasi sekolah terhadap kemahiran proses sains bersepadu dan kemahiran abad ke 21 dalam kalangan pelajar biologi dan (2) tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran proses sains bersepadu dan kemahiran abad ke 21 dalam kalangan pelajar biologi. Tahap kemahiran proses sains bersepadu berada pada tahap yang tinggi manakala tahap kemahiran abad ke 21 berada pada tahap yang sederhana.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.