UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Mata pelajaran Bahasa Arab Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun 2011 yang dimulai dengan murid Tahun 1 sahaja dan kini dilaksanakan terhadap semua murid sekolah rendah. Dalam buku teks mata pelajaran Bahasa Arab yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat set lagu mengikut tajuk sebagai aktiviti cadangan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Projek kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai CD set lagu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab mengikut sukatan pelajaran Tahun 1 sekolah rendah. Prosedur membangunkan CD adalah secara holistik melibatkan gubahan, rakaman, penyediaan hasil dan penilaian pakar dalam bidang Muzik dan Bahasa Arab. Hasil projek kajian mendapati bahawa CD set lagu yang dihasilkan amat menarik dengan gubahan yang tersendiri dan amat sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Tahun 1 sekolah rendah. Cadangan agar bahan bantu tersebut dapat dihasilkan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab mengikut sukatan pelajaran Tahun 2 hingga Tahun 6 sekolah rendah agar perlaksanaannya dilakukan secara optimum. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |