UPSI Digital Repository (UDRep)

Membangun dan menilai CD set lagu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab mengikut sukatan pelajaran Tahun 1 Sekolah Rendah

AVAILABLE Thesis 1599 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Membangun dan menilai CD set lagu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab mengikut sukatan pelajaran Tahun 1 Sekolah Rendah
Type
Thesis
Main Author
Mohd Fahrur Rozi Ismail
Subject
PJ Semitic
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Mata pelajaran Bahasa Arab Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun 2011 yang dimulai dengan murid Tahun 1 sahaja dan kini dilaksanakan terhadap semua murid sekolah rendah. Dalam buku teks mata pelajaran Bahasa Arab yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat set lagu mengikut tajuk sebagai aktiviti cadangan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Projek kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai CD set lagu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab mengikut sukatan pelajaran Tahun 1 sekolah rendah. Prosedur membangunkan CD adalah secara holistik melibatkan gubahan, rakaman, penyediaan hasil dan penilaian pakar dalam bidang Muzik dan Bahasa Arab. Hasil projek kajian mendapati bahawa CD set lagu yang dihasilkan amat menarik dengan gubahan yang tersendiri dan amat sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Tahun 1 sekolah rendah. Cadangan agar bahan bantu tersebut dapat dihasilkan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab mengikut sukatan pelajaran Tahun 2 hingga Tahun 6 sekolah rendah agar perlaksanaannya dilakukan secara optimum.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.