Dokumentasi gaya pembelajaran alat muzik dram seorang pemuda Asli Kaum Temiar di pedalaman Semenanjung Malaysia : satu kajian kes
Type
Thesis
Main Author
Balya Aziz@Ismail
Subject
MT Musical instruction and study
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini dibuat bertujuan untuk mendokumentasikan gaya pembelajaran alat muzik dram yang melibatkan seorang pemuda masyarakat orang asli kaum Temiar di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia iaitu di Negeri Perak. Pemuda ini bemama Hafizal bin Anjang yang berumur 34 tahun. Subjek yang dikaji mempunyai gaya pembelajaran dan cara bermain dram yang tersendiri walaupun kurang pendedahan dan pengalaman berbanding dengan orang bandar yang mendapat pendidikan secara formal dalam mempelajari muzik. Melalui kajian yang bersifat kualitatif didapati subjek hanya belajar bermain dram melalui pendengaran, pemerhatian, peniruan dan juga pengaruh persekitaran. Subjek yang dikaji tinggal di Kampung Teras, Pos Piah yang terletak di Banjaran Titiwangsa. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk Modul Temuduga Berstruktur. Kajian ini juga lebih menjurus kepada kajian kes yang tertumpu kepada seorang individu. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji gaya pembelajaran seorang pemuda masyarakat orang asli kaum Temiar yang bermain alat muzik iaitu dram. Dokumentasi hasil daripada kajian yang telah dijalankan ini boleh digunakan sebagai contoh atau rujukan oleh penyelidik-penyelidik yang lain untuk mengkaji budaya masyarakat orang asli khasnya dalam bidang pembelajaran muzik kemahiran permainan alat sebelum ianya ditelan oleh arus pemodenan zaman. Kesimpulannya, diakhir kajian ini mendapati bahawa pembelajaran muzik tidak hanya terhad kepada pembelajaran secara formal seperti di bandar yang mempunyai kemudahan lengkap malahan fleksibel kepada semua orang tidak kira agama, bangsa dan negara.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.