Integrasi muzik dan pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik (operasi nombor) terhadap murid-murid Tahun Satu
Type
Thesis
Main Author
Yeo, Xin Yi
Subject
M Music
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan meninjau keberkesanan integrasi muzik dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sebuah sekolah di negeri Perak. Kajian ini juga merupakan sebuah kajian yang mencari keberkesanan dan juga manfaat daripada intergrasi muzik dan pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik melalui aktiviti muzik yang telah disediakan oleh pengkaji. Kajian telah dijalankan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Negeri Perak, Malaysia. Sampel kajian yang akan digunakan ialah 10 orang pelajar Tahun Satu (n=10). Selain itu, kajian ini berbentuk kajian gabungan kualitatif dan kuantitatif. Pengumpu1an data dilakukan melalui soal selidik dan pemerhatian. Hasil dapatan data soal selidik menunjukkan peningkatan 52% bagi aspek persepsi murid terhadap penggunaan muzik dan pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Seterusnya, peningkatan 60% bagi aspek perasaan murid terhadap penggunaan muzik dan pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Bagi aspek keberkesanan penggunaan aktiviti muzik dan pergerakan adalah 62%. Manakala, hasil dapatan daripada rekod anekdot tentang minat menunjukkan peningkatan minat terhadap mata pelajaran maternatik. Hasil analisis data menunjukkan semua responden menyatakan integrasi muzik dan pergerakan dapat memberi kesan positif dalam pembelajaran matematik, Diharap kajian ini akan dapat memberi sumbangan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.