Buku panduan latihan paluan asas dalam permainan rebana
Type
Thesis
Main Author
Wan Kamarul Ariffin Wan Tajulruddin
Subject
ML Literature of music
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Laporan projek pembangunan "Buku Panduan Latihan Paluan Asas Dalam Permainan Rebana" ini disediakan bagi memenuhi keperluan kursus APM 6006 dalam Program Sarjana Pendidikan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penghasilan produk ini adalah bertujuan untuk menyediakan sebuah bahan sumber pembelajaran khusus untuk mempelajari teknik paluan asas dalam permainan rebana. Untuk mendapatkan data, kajian ini menggunakan kaedah analisa dokumen, temubual dan pemerhatian. Semua data dan maklumat yang diperolehi telah dianalisa, diklasifikasikan mengikut tema dan kategori. Seterusnya maklumat dan data ini dirangka, ditulis dan disusun mengikut keperluan isi kandungan unit-unit pembelajaran. Di samping itu, penghasilan produk ini juga merupakan sumbangan kepada khazanah bahan rujukan muzik khususnya bagi muzik tradisional yang sememangnya sangat diperlukan di negara kita dalam usaha mengekalkan dan memartabatkan seni muzik warisan ini. Dalam memastikan kesesuaian isi kandungan pembelajaran, temu bual telah dijalankan terhadap 2 orang responden yang terdiri daripada 1 orang guru muzik sekolah menengah dan 1 orang tenaga pengajar muzik tradisional di institut pengajian tinggi awam. Dapatan daripada temu bual menunjukkan bahawa semua respondan bersependapat dan bersetuju dengan semua aspek yang terkandung dalam buku panduan yang dibangunkan. Namun begitu, masih terdapat sedikit kelemahan dalam penghasilannya. Antara cadangan untuk penambahbaikan yang dikemukakan adalah lebih baik jika buku panduan ini disertakan dengan Multimedia Interaktif supaya pelajar dapat mempelajari teknikteknik paluan asas dalam permainan rebana dengan lebih berkesan secara audio dan visual.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.