UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :MT Musical instruction and study
Main Author :Zuria Shahnaz Sirajuddin
Title :Kesesuaian penggunaan modul panduan pengajaran dunia muzik oleh guru bukan opsyen dalam proses pengajaran rekoder Tahun 3 (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2013
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penggunaan rekoder dalam aktiviti pembelajaran Dunia Muzik di bilik darjah adalah bertujuan untuk memberi pengalaman muzikal secara hands-on. Menurut Bahagian Perkembangan Pembangunan Kurikulum (BPPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), selain memberi pengalaman muzikal, pembelajaran rekoder juga dapat mengukuhkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman praktikal. Sejak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan pada tahun 2012, pembelajaran rekoder dalam subjek Dunia Muzik terus diberi keutamaan dan diperkasakan iaitu pembelajaran rekoder bermula pada Tahun 3 yang bermula pada tahun 2013. Pihak BPPK juga turut menyediakan Modul Panduan Pengajaran untuk kegunaan guru supaya dapat membantu dalam melaksanakan proses pengajaran dengan lebih efisyen dan berkesan. Dalam pada itu, pada masa kini penempatan guru opsyen muzik di sekolah rendah masih tidak mencukupi. Kekurangan ini menyebabkan guru bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran Dunia Muzik. Ini menjadi masalah terhadap keberkesanan proses pengajaran muzik khasnya kerana guru bukan opsyen tidak mempunyai kemahiran muzikal dari segi teori dan praktikal. Lantaran itu, suatu kajian terhadap kesesuaian penggunaan Modul Panduan Pengajaran Dunia Muzik Tahun 3 di bawah unit pembelajaran rekoder oleh guru bukan opsyen di sekolah rendah telah dilaksanakan. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di dalam Daerah Kuala Kangsar, Perak. Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui kesesuaian penggunaan modul panduan pengajaran yang disediakan untuk guru bukan opsyen. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana pengkaji telah mengunakan kaedah temu bual berstruktur untuk mendapatkan data kajian. Pengkaji telah memilih dua orang responden iaitu guru bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran Dunia Muzik Tahun 3. Hasil kajian menunjukkan modul yang disediakan oleh BPPK ini adalah sesuai untuk digunakan oleh guru bukan opsyen dalam membantu mereka merancang objektif dan aktiviti pelajaran semasa sesi pengajaran Dunia Muzik Tahun 3 di bawah unit pembelajaran rekoder. Walau bagaimanapun, pengkaji berpendapat bahawa terdapat beberapa elemen yang perlu ditambahbaik seperti menyediakan koleksi lagu-lagu rakyat dalam permainan rekoder, menyediakan modul panduan belajar rekoder untuk murid dan menyediakan set latih tubi untuk kemahiran dalam permainan rekoder.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)