UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :G Geography (General)
Main Author :Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri,
Title :Pengaruh perubahan guna tanah terhadap taburan hujan di kawasan Trolak-Slim River-Behrang-Tanjong Malim-Hulu Bernam (bahagian Hulu Lembangan Sungai Bernam)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2009

Abstract :
Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, perubahan guna tanah dari perlombongan ke pembalakan, pembalakan ke pertanian,, pertanian ke petempatan dan perindustrian serta perubahan tanah pertanian tradisi ke pertanian komoditi telah menimbulkan kesan yang ketara terhadap persekitaran fizikal dan juga manusia teratama di lembangan saliran Pantai Barat, Semenanjung Malaysia. la melibatkan penurunan tahap bekalan air bersih, peningkatan tahap pencemaran air dan peningkatan iklim mikro. Bahagian hulu Lembangan Sungai Bernam juga tertakluk sebagai kawasan tumpuan pembangunan baru di luar Lembah Klang. Kajian terhadap perubahan guna tanah pertanian ke guna tanah lain ke atas jumlah taburan hujan yang direkodkan telah dilakukan. Hasil kajian mendapati purata hujan tahunan bagi tempoh 50 tahun tidak menunjukkan perubahan yang ketara (peningkatan atau penurunan) walaupun pada awal 1990an dan seterusnya berlaku perubahan guna tanah pertanian ke petempatan dan industri. Ini dikaitkan dengan sebahagian besar kawasan hulu Lembangan Sungai Bernam masih dilitupi oleh tumbuhtumbuhan sama ada hutan semulajadi atau 'hutan pertanian' {tree crops) yang berperanan sebagai kawasan tadahan hujan {reservoir). Walaubagaimanapun, variasi hujan di antara stesen hujan di dalam kawasan kajian menunjukkan perbezaan yang ketara dan keadaan ini adalah normal kerana ia selaras dengan ciri-ciri kejadian hujan di kawasan tropika.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.