UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Nor Azura Abu Bakar
Title :Modul asas pengajaran dan pembelajaran nyanyian Lagu Melayu Asli
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan projek ini adalah untuk membina dan melaksanakan 'Modul Asas Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli'. Melalui penghasilan modul ini, guru-guru muzik ataupun individu yang berminat untuk menguasai nyanyian lagu Melayu Asli di peringkat asas, akan dapat memahami sedikit sebanyak perkara penting yang perlu diketahui sebelum mempelajari nyanyian lagu Melayu Asli ini dengan lebih mendalam. Beberapa topik telah dikemukakan agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah difahami seperti pengenalan, sejarah asal usul, teks dan pantun, struktur, alat muzik pengiring, penerokaan teknik vokal, latihan pemanasan suara yang bersesuaian, patah lagu dan langkah-langkah as as mempelajari nyanyian lagu Melayu Asli menerusi beberapa buah lagu yang telah dipilih. Notasi dan Cakera Padat nyanyian Allahyarham Rahim Jantan juga turut dilampirkan bersama untuk tujuan rujukan. Dalam masa yang sarna penghasilan produk ini juga dapat menyumbang kepada pengekalan warisan budaya. Pemerhatian terhadap rakaman Allahyarham Rahim Jantan yang merupakan aktivitis ataupun j agoan muzik tradisional yang pemah berkhidmat bersama dengan badan-badan kebudayaan di sekitar Kuala Lumpur dan terakhir berkhidmat sebagai adiguru Vokal Tradisional di ASWARA sehingga ke akhir hayatnya. Temu bual juga telah dijalankan dengan 2 orang pensyarah muzik ASWARA, dan 2 orang pelajar lulusan ASWARA yang mengambil alat muzik Vokal Tradisional sebagai alat muzik Major dan mempunyai pengalaman dalam nyanyian tradisional lebih dari 10 tahun. Dapatan dari temu bual menunjukkan bahawa semua responden bersependapat dan bersetuju dengan semua aspek dalam produk yang telah dibangunkan. Namun begitu masih juga terdapat sedikit kelemahan dalam penghasilannya. Akan tetapi cadangan untuk penambahbaikan bagi mengatasi kelemahan tersebut turut dibincangkan dalam bahagian akhir penulisan ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.