UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Abdul Halim Ali
Title :Konsep estetika bersepadu: terapan dan analisis terhadap karya-karya puisi Ahmad Kamal Abdullah (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2010
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu sering ditanggapi berasaskan kerangka pemikiran estetik Barat. Terdapat juga kerangka teori estetik Melayu seperti Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh dan Rasa-Fenomenologi oleh Sohaimi Abdul Aziz yang boleh digunakan untuk memahami konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu, namun, kedua-dua kerangka teori ini tidak mengambil Islam sebagai asas yang mendasari keindahan, sedangkan kajian terdahulu menunjukkan, bahawa teras utama kesusasteraan Melayu ialah Islam dan jati diri bangsa Melayu itu sendiri. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengaplikasikan pendekatan Estetika Bersepadu dalam analisis puisi Ahmad Kamal Abdullah bagi memahami konsep keindahan bermakna dalam puisi Melayu moden. Untuk mencapai tujuan ini, dua objektif ditetapkan iaitu (1) membuktikan kesepaduan aspek stail (gaya bahasa kiasan dan pemikiran) dengan perutusan agama dan (2) mengenalpasti aspek-aspek kontekstual yang berkaitan secara langsung dengan stail (gaya bahasa kiasan dan pemikiran) dan perutusan agama. Kerangka Estetika Bersepadu mengabungkan stail (idea estetik bahasa kiasan dan pemikiran) dengan keindahan dalam perutusan agama dijadikan asas untuk menganalisis teks. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap empat buah kumpulan puisi Ahmad Kamal Abdullah iaitu, `Ayn (1987), Pelabuhan Putih (1995), Titir Zikir (1995) dan MIM (2002). Data dianalisis secara deskriptif berlandaskan dua prinsip Estetika Bersepadu iaitu (1) kesepaduan stail dengan perutusan agama dan (2) perkaitan stail dan perutusan agama dengan aspek kontekstual. Hasil analisis membuktikan wujudnya kesepaduan yang signifikan aspek stail dengan perutusan agama (yang meliputi aspek akidah, syariat dan akhlak). Terdapat empat jenis gaya bahasa kiasan iaitu gaya bahasa metafora, alusi, simili dan personifikasi yang paling dominan digunakan oleh penyair yang menunjukkan kondisi bersepadu dengan perutusan agama itu. Hasil kajian juga membuktikan, perkaitan erat aspek stail dengan aspek kontekstual seperti sejarah Rasulullah S.A.W., sejarah Rasul-Rasul utusan Allah, tokoh-tokoh kepimpinan Islam; Khalifah ar-Rasyidin, tokoh-tokoh penting wanita dalam Islam, tokoh-tokoh penting penyair Muslim; Rumi, Iqbal, Hafiz dan Amir Hamzah, dan pengalaman peribadi penyair. Kesepaduan stail dengan perutusan agama dan perkaitan stail dan perutusan agama dengan aspek kontekstual dapat menjustifikasikan konsep keindahan bermakna dalam karya puisi yang dikaji. Analisis ini menunjukkan bahawa Islam adalah unsur penting yang menjadi teras keindahan dalam karya puisi Melayu. Kesepaduan dan perkaitan elemen estetik stail, perutusan agama dan aspek kontekstual telah dapat menjelaskan konsep keindahan bermakna dalam kesusasteraan Melayu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)