UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :TD Environmental technology. Sanitary engineering
Main Author :Norulhuda Sabaruddin
Title :Kualiti air loji kumbahan dan implikasinya terhadap sungai Kinta (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2013
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk: menilai kualiti air loji kumbahan bagi parameter BOD dan SS serta implikasinya terhadap Sungai Kinta. Sembilan stesen persampelan air loji IWK dalam kawasan Bandaraya Ipoh telah dipilih untuk: diuji kualiti serta mengenalpasti punca yang menyumbang kepada kemerosotannya. Persampelan air sisa kumbahan yang telah dirawat dan sebelum dialirkan ke dalarn sungai dilakukan sebanyak empat kali merangkumi musim hujan dan musim kering. Perbandingan juga dilakukan dengan data sekunder kualiti air dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) 1993-2008. Hasil mendapati bacaan sampel air selepas rawatan kumbahan untuk BOD melebihi piawaian yang telah ditetapkan JAS iaitu 9.3 mg/L yang direkodkan pada musim hujan di stesen IPH304 manakala bacaan terendah juga dicatatkan di stesen yang sarna pada musim kering iaitu 1.1 mg/L. Bacaan tertinggi SS pula dicatatkan di stesen IPH302 iaitu 129 mg/L pada musim kering manakala bacaan terendah dicatatkan di stesen IPH288 iaitu 5 mg/L pada musim hujan. Untuk: sarnpel air sebelum dialirkan ke sungai, bacaan BOD melebihi piawaian yang telah ditetapkan iaitu 9 mg/L di stesen IPH239, IPH304, IPH288, IPH052 dan IPH018 pada musim hujan manakala bacaan terendah dicatatkan di stesen IPH239 dan IPH302 iaitu 1 mg/L pada musim kering. Bacaan SS yang tertinggi pula dicatatkan di stesen IPH239 iaitu 455 mg/L pada musim kering dan bacaan terendah dicatatkan pada stesen IPH302 iaitu 7 mg/L pada musim hujan. Analisis data sekunder turut mendapati bacaan yang tinggi bagi SS di semua stesen JAS dari tahun 1993-2008. Faktor hujan dikenalpasti mempengaruhi tahap kepekatan pencemaran dalam sungai. Ketidakcekapan industri dalam mengurus sisa kumbahan dan juga aktiviti pembangunan tanah di sekitar kawasan kajian menjadi punca bacaan BOD dan SS melebihi piawaian. Pihak industri perlu memberi lebih tumpuan kepada kecekapan loji agar sistem rawatan kumbahan berada pada tahap yang memuaskan dan dapat menjamin kelestarian Sungai Kinta.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)