UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :L Education (General)
Main Author :Dawi Amir Hasan, Othman Ikhsan, Jaafar Ridzuan, Kway Eng Hock,
Title :Modal insan dalam memperkasakan sekolah kebangsaan (Fasa 1)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2009

Abstract :
Kajian menghuraikan pandangan masyarakat berkaitan usaha pemerkasaan Sekolah Kebangsaan yang diberi penekanan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan mencadangkan aspek yang difikirkan penting dalam permerkasaan tersebut. Objektif kajian ialah meneliti pandangan masyarakat terhadap SK berbanding SJKC dan SJKT, mengenai pasti golongan yang tidak berminat terhadap SK, mengenai pasti faktor yang menjadi punca SK tidak menjadi pilihan dan melihat persepsi perbandingan sistem pengajaran dan pembelajaran antara SK, SJKC dan SJKT. Kajian dijalankan menggunakan teknik-teknik temu bual dan soal selidik. Temu bual dilakukan menggunakan protokol temu bual ke atas guru besar dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil bagi mendapatkan pandangan guru besar berkaitan harapan ibu bapa tentang perkara yang berlaku di Sekolah Kebangsaan berbanding dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Empat guru besar di temu bual secara mendalam diikuti dengan 12 kumpulan fokus melibatkan 75 guru besar. Dapatan temu bual dijadikan asas membina item bagi tiga set soal selidik yang ditadbirkan kepada tiga kumpulan sasaran iaitu ibu bapa SK, ibu bapa SJKC dan ibu bapa SJKT. Seramai 1126 ibu bapa yang terdiri daripada etnik-etnik Melayu (448), Cina (433) dan India (245) respons kepada soal selidik. Berdasarkan dapatan temu bual mendalam dan kumpulan fokus, kajian mendapati guru besar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan guru besar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berpendapat bahawa ibu bapa dari etnik Cina atau ibu bapa dari etnik India akan lebih berminat untuk menghantar anak mereka ke sesebuah sekolah jika sekolah berupaya mensosialisasikan anak mereka seperti yang dikehendaki. Faktor pemilihan sekolah secara umum dapat dikaitkan kepada aspek warisan terutama yang menyentuh pengekalan bahasa ibunda serta kebudayaan. Bahasa sebagai alat komunikasi bagi anak-anak dalam urusan pembelajaran sangat penting. Ibu bapa dari komuniti Cina dan India juga prihatin kepada prestasi akademik anak-anak mereka. Selain itu mereka inginkan anak-anak mereka dapat berinteraksi secara mudah dengan seluruh warga sekolah serta mendapat layanan yang lebih baik. Unsur keagamaan juga dilihat sebagai sesuatu yang penting di mana pengajaran serta upacara keagamaan masing-masing boleh dilaksanakan di sekolah berkenaan. Dapatan soal selidik mengesahkan temu bual apabila dapatan adalah selari dengan dapatan temu bual mendalam dan kumpulan fokus. Dapatan utama soal selidik mengenai faktor pemilihan SJKC dan SJKT berkisar kepada perkara-perkara berkaitan bahasa ibunda, warisan, kebudayaan dan persekitaran etnik. Justeru kajian melihat budaya sebagai fundamental dalam pemerkasaan sekolah dan kajian mencadangkan alternatif untuk polisi pemerkasaan sekolah kebangsaan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.