UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :NX Arts in general
Main Author :Norazian Rona
Title :Ekspresi pengalaman visual pelajar Orang Asli dalam catan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bentuk ekspresi pengalaman visual pelajar orang Asli dalam catan yang dihasilkan. Terdapat tiga aspek penting yang menjadi tumpuan kajian iaitu ekspresi pengalaman visual dalam hasil karya, bentuk pengalaman visual yang mempengaruhi ekspresi seni dan hubungan persekitaran.Batasan kajian hanya tertumpu kepada pelajar Orang Asli yang bersekolah di sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, Selangor, Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian kes. Kaedah pengumpulan data kajian melibatkan temu bual, analisis karya dan rakaman visual. Seramai 22 orang informan dengan karya yang telah dihasilkan telah ditemubual berdasarkan pengalaman masing-masing. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya pengaruh persekitaran dalam hasil karya yang diekspresikan sebagai representasi pengalaman visual pelajar-pelajar Orang Asli. Kesannya, ia telah mewujudkan identiti sendiri terhadap gaya dan olahan idea dalam karya yang dihasilkan. Secara kesimpulan, kajian ini membuktikan elemen persekitaran dapat meningkatkan kreativiti dan mewujudkan identiti terhadap gaya dan olahan idea dalam penghasilan karya. Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan panduan dan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.