UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Zulkernain Marzuki
Title :Profil dan korelasi daya, kuasadan halaju dalam ujian lompatan horizontal dan vertical atlet pecut UPSI
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan utama kajian ilmiah ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti profil dan mengkaji hubungan daya horizontal dan vertikal, kuasa dan halaju yang dihasilkan oleh atlet MASUM Universiti Pendidikan Sultan ldris (UPSl). Kesemua sembilan orang atlet pecut UPSl pada tahun penyelidikan dijalankan, yang terdiri daripada empat orang lelaki dan lima orang wanita telah secara sukarela terlibat sebagai subjek penyelidikan ini. Subjek telah diminta untuk melakukan dua jenis lompatan, iaitu lompatan vertikal dan lompatan horizontal dengan aksi lakuan dirakamkan dengan kamera video. Satu lompatan terbaik daripada dua percubaan bagi setiap kaedah lompatan telah dipilih untuk dianaJisis. Rakaman video tersebut kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Kinovea bagi memperolehi data asas untuk pengiraan asas daya, kuasa dan halaju bagi arah horizontal dan vertikal. Dapatan menunjukkan purata profil daya, kuasa dan halaju bagi kedua-dua arah horizontal dan vertikal oleh kesemua subjek adalah normal. Analisis juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara halaju dengan jarak, hubungan yang signifikan antara daya dan jarak dan kuasa dengan jarak dalam ujian lompatan horizontal. Sementara bagi ujian lompatan vertikel, keputusan mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara halaju dengan jarak, antara daya dan jarak dan kuasa dengan jarak. Kesimpulannya daya, kuasa dan halaju yang dihasilkan oleh atlet adalah berhubung kait antara satu sarna lain, dan berhubung kait antara kemampuan penghasilan di kedua-dua arah (horizontal dan vertikal). Secara praktikalnya, latihan kekuatan perlu menumpukan kepada penghasilan daya, kuasa dan halaju pada kedua-dua arah pergerakan. lni kerana lakuan seperti berlari yang dikatakan merupakan lakuan daya horizontal, masih dipengaruhi oleh kemampuan penghasilan daya, kuasa dan halaju pada arah vertikal. Oleh itu, latihan digalakkan menggunakan gabungan senaman seperti squat (vertikal) dan lunges (horizontal) bagi memaksimakan hasil akhir atau adaptasi. Namun, kajian lanjut masih perlu dilakukan, terutamanya kajian bersifat kesan jangka masa panjang dan analisa melibatkan kumpulan populasi lebih besar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.