UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Shaari Mohd Ra
Title :Kata bantu bahasa Melayu : analisis data korpus berkomputer (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2009
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Penyelidikan ini meneliti permasalahan kata bantu bahasa Melayu. Menurut penahu bahasa Melayu, kata bantu berfungsi sebagai keterangan masa bagi kata kerja. Bagaimanapun, kehadiran kata bantu sering menimbulkan masalah lewah. Misalnya, ayat "Saya dilahirkan di Ipoh" tidak perlu diujarkan sebagai "Saya telah dilahirkan di Ipoh. Kata kerja 'dilahirkan' sudah menunjukkan masa yang sudah berlalu dan kata bantu telah tidak perlu digunakan lagi. Justeru, penyelidikan ini akan meneliti fungsi dan ciri sebenar kata bantu bahasa Melayu. Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji akan menggunakan teori Relevans oleh Sperber D. & Wilson D. (1999) sebagai kerangka kajian. Prinsip asas teori relevans ialah setiap manusia berkomunikasi dengan berorientasikan relevan. Data yang digunakan dalam kajian ini ialah data korpus berkomputer Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, dan data korpus berkomputer Universiti Nasional Australia (secara online). Data korpus berkomputer dipilih kerana data jenis ini bersifat representatif serta dapat memaparkan penggunaan bahasa berdasarkan konteks.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)