UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Baharum Hasrina,
Title :Syair ibadat : transliterasi teks dan analisis kepengarangan
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2009

Abstract :
Kajian ini memfokuskan aspek transliterasi teks dan kepengarangan pengarang melalui sebuah mannskrip - Syair Ibadat yang menjadi objek kajian ini. Kedatangan Islam di alam Melayu telah membawa sistem tulisan Jawi yang mengambil tempat dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, khususnya dalam penciptaan syair. Dalam konteks masyarakat zaman silam, syair turut digunakan sebagai medium untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat. Sehubungan dengan itu, Syair Ibadat, sebuah manuskrip yang diperoleh daripada Perpustakaan Negara ini sangat menarik untuk ditransiterasi dan dikaji aspek kepengarangan pengarangnya dalam menyampaikan mesej dakwah kepada khalayak dengan menggunakan karya kreatif. Transliterasi melibatkan usaha memindahkanan menulis semula teks syair tersebut daripada tulisan Jawi kepada Rumi. Sementara kajian kepengarangn melibatkan dua aspek utama. Pertama, kepengarangan yang merujuk kreativiti pengarang menyusun idea dengan teratur dan sempurna dalam bentuk syair sehingga mesejnya dapat difahami oleh khalayak. Yang kedua, kepengarangan yang merujuk kreativiti gaya bahasa pengarang dalam usaha untuk menarik minat pembaca atau pendengar terhadap syair ini dan seterusnya memahamkan mereka tentang mesej yang hendak disampaikan, Hasil kajian ini Sangay penting untuk melihat bagaimana para pendakwah zaman silam mampu memanipulasikan aspek kepengarangan mereka dalam menyampaikan doktrin ilmu agama yang serius dengan menggunakan medium penulisan kreatif untuk menyampaikan dakwah kepada khalayaknya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.