UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk memerihalkan tahap efikasi kendiri kaunseling dalam kalangan kaunselor pelatih secara keseluruhan dan juga berdasarkan lima dimensi yang terkandung dalam efikasi kendiri kaunseling iaitu dimensi kemahiran mikro, dimensi proses kaunseling, dimensi menangani tingkahlaku klien yang sukar, dimensi kecekapan budaya dan dimensi kesedaran tentang nilai. Perbezaan efikasi kendiri kaunseling turut dikaji dari aspek faktor demografik merangkumi jantina, semester pengajian dan pencapaian akademik. Seramai 299 orang kaunselor pelatih telah dipilih secara rawak berlapis sebagai subjek kajian. Data telah dikumpul dengan menggunakan soal selidik laporan kendiri iaitu Counseling Self-Estimate Inventory (COSE) yang dibina oleh Larson et al. (1990). Data kajian dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratus dan nilai min bagi melihat tahap efikasi kendiri kaunseling secara keseluruhan dan berdasarkan setiap dimensi. Manakala ujian-t5 ANOVA Post-Hoc jenis Scheffe digunakan untuk menganalisis data bagi melihat perbezaan tiga faktor demografik yang dikaji dalam efikasi kendiri kaunseling. Aras kesignifikannan yang ditetapkan adalah 0.05. Hasil kajian menunjukkan tahap efikasi kendiri kaunseling secara keseluruhan dan juga berdasarkan setiap dimensi berada pada tahap sederhana kecuali bagi dimensi kemahiran mikro yang berada pada tahap tinggi. Keputusan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam efikasi kendiri kaunseling secara keseluruhan dan berdasarkan dimensi mengikut jantina. Walau bagaimanapun, keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam efikasi kendiri kaunseling secara keseluruhan dan juga bagi dimensi menangani tingkahlaku klien yang sukar serta dimensi kesedaran tentang nilai berdasarkan semester pengajian. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam efikasi kendiri kaunseling secara keseluruhan dan berdasarkan dimensi mengikut pencapaian akademik kecuali bagi dimensi kesedaran tentang nilai. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |