UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :H Social Sciences (General)
Main Author :Kling Zainal, Che Nadzir Nordina,
Title :Kajian Nasional tentang jurang pembangunan (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2010
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Kajian Nasional Tentang Jurang Pembangunan ini merupakan suatu survey tentang inventori pembangunan yang diukur melalui tahap pembekalan kemudahan atau ameniti di kawasan luar bandar. Andaian kajian ialah terdapat jurang pembekalan yang ditakrif sebagai kekurangan atau ketiadaan ameniti atau kemudahan dalam pelbagai bidang kehidupan ataupun kerendahan mutu kemudahan yang terbekal sehingga menyebabkan corak kehidupan penduduk luar bandar tidak mencapai tahap selesa yang sempurna. Dari kajian terhadap data terkumpul jelas kedapatan jurang yang amat luas tentang bekalan dan penyediaan kemudahan atau ameniti kehidupan di seluruh kawasan luar bandar kecuali di taman-taman perumahan yang dipinggir bandar. Terdapat beberapa jenis kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, keselamatan dan perindustrian yang amat asasi sahaja dan mungkin menjadi halangan kepada pembangunan insan luar bandar untuk menghadapi persaingan bagi pemerolehan kemudahan hidup dengan penghuni dan insan bandaraya dan bandar sederhana. Sekaligus, deprivasi ini memberi kesan buruk kepada pembangunan manusia Bumiputera di luar bandar untuk bersaingan setara di atas prinsip 'meritocracy' dengan golongan bukan-Bumiputera di kawasan bandaraya dan bandar sederhana bagi merebut peluang hidup yang berkualiti. Dalam jangka panjang, jurang ini mungkin melahirkan perasaan tidak puas hati (dissatisfaction) yang mendalam dan boleh dieksploitasi untuk melahirkan keresahan sosial serta penentangan fizikal dan politik dalam pelbagai bentuk. Maka untuk mengelakkan kemerebakan keadaan tidak puas hati yang amat berisiko ini maka amat perlu suatu perspektif baru pembangunan yang terfokus kepada 'luar-bandar' atau 'rural-focus' dan seimbang (balanced) perlu segera dilaksanakan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)