UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :GE Environmental Sciences
Main Author :Che Leh Fauziah, Nayan Nasir, Saleh Yazid, Ibrahim Mohd Hairy,
Title :Keberkesanan, kepelbagaian dan masa depan taman rekreasi kolam air panas di negeri Perak sebagai destinasi pelancongan kesihatan (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2010
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Penyelidikan ini bertujuan menjelaskan aktiviti pelancongan kesihatan berasaskan unsur semulajadi iaitu dengan menggunakan kolam air panas sebagai kaedah merawat penyakit secara luaran yang mula mendapat tempat dalam kalangan pelancong tempatan. Perbincangan akan dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu: kajian semula pola keseluruhan dan status kolam air panas di lokasi sekaligus menjelaskan kepentingan pelancongan kesihatan di beberapa tempat di Negeri Perak. Bahagian kedua akan membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan cabaran dan peluang bagaimana aktiviti pelancongan kesihatan berasaskan sumber semulajadi dapat dipertingkatkan di lokasi kajian. Bahagian seterusnya akan membincangkan aspek yang perlu dipertimbangkan ke arah pembentukan dasar untuk memajukan lagi sektor pelancongan kesihatan di Malaysia. Pembentukan dasar baharu perlu dilaksanakan segera memandangkan perubahan gaya hidup sudah pun meningkatkan kesedaran setiap individu untuk menjaga kesihatan. Perubahan trend di peringkat global telah menghasilkan aktiviti pelancongan jarak dekat khususnya yang dilakukan pada hujung minggu. Keadaan ini telah meningkatkan persaingan dalam kalangan lokasi pelancongan. Setiap tempat perlu memasarkan kelebihan dan keunikan masing-masing terutamanya dari aspek sumber semulajadi dan tarikan yang dibina khusus di lokasi terlibat. Dalam konteks ini, strategi pemasaran tempat perlu kreatif terutamanya dalam mengenal pasti kekuatan tempat bagi menggalakkan pelancong berkunjung. Isu kualiti perlu diselarikan dalam pembangunan aktiviti pelancongan. Ini kerana aktiviti pelancongan yang berkualiti terus menjadi isu utama polisi pelancongan pada peringkat global. Dengan menggunakan analisis SWOT, kedudukan tempat dapat ditentukan berdasarkan kepada faktor yang mempengaruhi pengunjung ke lokasi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)