UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Berdasarkan kepada kajian-kajian arkeologi terutamanya terhadap Zaman Prasejarah di Malaysia khususnya di Semenanjung Malaysia, lebih daripada 20 buah tapak telah dibuat kajian di Perak sama ada secara tinjauan dan eksplorasi sahaja mahupun kajian ekskavasi. Contolinya di Sungai Siput, kajian telah dilakukan oleh Evans dan Callenfels pada tahun 1935 dan kemudiannya kajian oleh Jabatan Muzium yang diketuai oleh Zulkifli Jaafar pada tahun 1986. Selepas itu, hanya satu survei yang dilakukan oleh Unit Prasejarah, Bahagian Arkeologi, Jabatan Muzium dan Antikuiti pada bulan Februari dan Mei 2002 yang diketuai oleh Yunus Sauman. Dengan itu kita boleh membuat kesimpulan baliawa kajian ke atas tapak arkeologi di Perak sebenarnya adalah banyak dan tidak keterlaluan juga jika sekiranya kami nyatakan bahawa ia adalah yang terbanyak di Semenanjung Malaysia setakat ini. Walau bagaimanapun, agak sukar untuk kita melihat kesinambungan perjalanan sejarah Perak berdasarkan kepada kajian arkeologi apabila setiap hasil kajian itu tidak didokumentasikan secara sistematik dan menyeluruh. Justeru, kajian yang dibiayai oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris ini merupakan usaha kecil dan awal kami untuk mengatasi kerumitan yang dimaksudkan. Semoga dengan adanya hasil kompilasi ini akan membantu semua pihak yang memerlukan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |