UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :LC Special aspects of education
ISSN :2232-0393
Main Author :Abdullah Norazilawati, Mohamed Noh Noraini, Nik Yusuff Nik Azmah, Mansor Rosnidar,
Title :Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru Sains
Year of Publication :2013

Abstract :
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di peringkat awal pengaplikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru sains. Ia melibatkan empat orang guru sains yang mengajar di Kuala Lumpur dan Perak. Kajian kualitatif ini dijalankan secara temubual berstruktur dengan menggunakan protokol temubual sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sains telah mengaplikasikan Frog VLE dan ianya membantu pengajaran dan pembelajaran serta memotivasikan guru untuk mengajar lebih baik. Namun tidak semua guru selesa menjalankannya kerana terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi guru semasa mengaplikasikannya. Antaranya ialah capaian internet yang terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus serta bebanan kerja guru yang banyak. Namun setiap masalah ada cara untuk mengatasinya. Bagi meningkatkan pengaplikasian Frog VLE dalam kalangan guru, mereka mencadangkan agar pentadbir sekolah perlu jelas tentang matlamat pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya, pelan pelaksanaan yang melibatkan semua warga sekolah dan ibu bapa perlu dibangunkan, program peningkatan kemahiran perlu diatur untuk memastikan bukan guru yang berminat dan berkemahiran sahaja yang aktif dalam pelaksanaan, pemantauan perlu dijalankan, maklumbalas berhubung pelaksanaan patut dikumpulkan dan dinilai bagi tujuan penambahbaikan, menilai semula pelan berdasarkan maklumbalas dan memperbaiki strategi pelaksanaan. Selain itu, capaian internet perlu ditambah kelajuannya, bebanan kerja guru perlu dikurangkan dan guru juga perlu berfikiran positif, membuat perancangan untuk pengajaran yang lebih awal dan bersedia mengikuti kursus yang dianjurkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berkaitan dengan aplikasi ini. Kesimpulannya, kajian ini memberi maklumat terkini tentang pengaplikasian persekitaran pengajaran maya di sekolah agar dapat memberi ruang untuk memperbaiki kelemahan aplikasi Frog VLE di sekolah dengan lebih menyeluruh.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.