UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :G Geography (General)
Main Author :Ibrahim Mohd Hairy, Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir,
Title :Kesan pembangunan terhadap persekitaran fizikal di Bandaraya Ipoh, Perak (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2009
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penyelidikan ini melibatkan kajian kesan pembangunan terhadap persekitaran fizikal di Bandaraya Ipoh. Pembangunan yang diteliti melibatkan perubahan guna tanah kepada guna tanah pembandaran, perindustrian dan perkilangan, perniagaan, pertanian, penternakan dan Iain-lain aktiviti manusia dari tahun 1994 hingga 2004. Hasil kajian mendapati perubahan guna tanah yang jelas berlaku adalah perubahan guna tanah pembandaran yang semakin bertambah. Maklumat perubahan guna tanah ini diperolehi melalui penggunaan aplikasi sistem maklumat geografi (GIS). Kesan pembangunan terhadap persekitaran fizikal yang diteliti adalah dari aspek kualiti air, kualiti udara dan perubahan iklim bandar seperti suhu, tiupan angin dan kelembapan udara. Hasil kajian mendapati tahap kualiti air terutama BOD, COD, SS dan NH3N begitu ketara di bahagian tengah kawasan kajian yang merupakan kawasan pembandaran iaitu sebagai pusat bandaraya. Faktor peningkatan perubahan guna tanah pembandaran di bahagian pinggir bandar Ipoh menjadikan segala bahan kelodak dan mendakan dibawa oleh aliran sungai ke bahagian tengah Bandaraya Ipoh melalui sistem saliran utama iaitu Sungai Kinta. Hasil pemetaan guna tanah pembangunan dan kualiti air di Ipoh melalui aplikasi GIS menunjukkan status kualiti air secara in-situ merosot berdasarkan kepada paramter pencemar air mengikut perubahan guna tanah di kawasan kajian. Selain itu, isu perubahan iklim sering kali dirujuk melalui perubahan iklim bandar khususnya perubahan suhu bandar Ipoh. Hasil kajian mendapati suhu maksimum di Ipoh semakin meningkat sejak 1990 lagi dan semakin jelas selepas tahun 2000 sehingga mencecah 37.5 oC pada tahun 2002 berbanding 35.2°C tahun 1984. Kadar kelembapan relatif juga menunjukkan julat yang ketara di mana kadar kelembapan 82.3% tahun 1995 berbanding hanya 78% pada tahun 2005.Fenomena ini memerlukan perhatian serius bagi pihak yang berwajib bertindak dalam menyederhanakan suhu bandar Ipoh melalui pembangunan lestari. Hasil kajian juga mendapati kadar pencemaran udara di Ipoh masih terkawal namun tahap pencemaran habuk amat ketara terutama di kawasan pinggir Ipoh disebabkan banyaknya aktiviti pemecahan kuari. Tahap pencemaran masih mematuhi standard kualiti udara Malaysia iaitu Garis Panduan Kualiti Udara Malaysia (Recommended Malaysian Air Quality Guidelines - kurang dari 150 u.g/m3). Hasil dapatan mendapati kesemua lokasi stesen pencerapan secara insitu menunjukkan bacaan parameter seperti SO2, NO2, CO dan PM10 berada dalam lingkungan yang sesuai dan tidak melebihi standard yang disyorkan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)