UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :B Philosophy (General)
Main Author :Daud Mohd Noor,
Title :Perkahwinan orang Islam dengan ahli kitab : satu kajian perbandingan mazhab (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2009
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertajuk Perkahwinan Orang Islam dengan Ahli Kitab: Satu Kajian Perbandingan Mazhab. Perkahwinan merupakan suatu yang dituntut di dalam Islam. Walaupun begitu, bukan semua golongan yang boleh dikahwini oleh orang Islam sama ada lelaki mahupun wanita. Golongan yang haram dikahwini oleh lelaki Islam antaranya ialah wanita musyrik. Persoalan timbul apabila terdapat ayat yang mengecualikan wanita Ahli Kitab daripada pengharaman ini sedangkan mereka adalah golongan kafir. Siapakah ahli kitab sehingga mereka dikecualikan daripada pengharaman ini? Bukankah mereka ini musyrik? atau adakah mereka ini muslim? semua persoalan ini dikupas dalam bab pertama. Ada yang berpendapat keharusan perkahwinan ini disebabkan mereka beragama Islam. Manakala pihak lain berpandangan keharusan ini disebabkan oleh faktor lain. Perkara ini dimuatkan dalam bab keempat. Perbezaan ini semakin rumit apabila terdapat golongan yang berpendapat bahawa wanita Islam halal berkahwin dengan lelaki yang berbeza agama kerana tidak ada dalil yang menunjukkan pengharamannya. Mereka berpendapat perkahwinan ini sesuai dengan semangat pluralisme yang ditunjukkan ayat al-Quran sendiri. Jumhur Ulama berpendapat perkahwinan sebegini adalah haram malah telah disepakati ulama terdahulu. Sesiapa yang mengharuskannya adalah bertentangan dengan kesepakatan para ulama. Persoalan ini dikupas secara lengkap dalam bab kelima. Dalam bab keenam pula diterangkan beberapa akta atau enakmen yang berkaitan dengan tajuk kajian dalam konteks Malaysia. Dalam bab ketujuh iaitu bab akhir kajian diakhiri dengan rumusan dan cadangan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)