UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis komposisi bahan bata purba, Candi Bukit Kechil, Lembah Bujang, Kedah

AVAILABLE Article 2752 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Analisis komposisi bahan bata purba, Candi Bukit Kechil, Lembah Bujang, Kedah
Type
Article
Main Author
Ramli Zuliskandar, Nik Abdul Rahman Nik Hassan Shuhaimi, Jusoh Adnan, Sauman Yunus,
Subject
D History (General)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Year of publication
2013

Abstract

Candi Bukit Kechil merupakan salah satu daripada candi di Lembah Bujang yang dibina di atas bukit selain daripada Candi Bukit Pendiat (Tapak 17), Candi Bukit Meriam (Tapak 26), Candi Bukit Penjara (Tapak 25) dan Candi Bukit Gajah Mati (Tapak 7). Secara keseluruhannya candi ini diperbuat daripada batu bata dan berdasarkan kepada orientasi utara-selatan dan binaan seakan struktur padma dipercayai candi ini berunsur agama Buddha dan dibina antara abad ke-9 hingga 10 Masihi. Lokasi candi berdasarkan kepada bacaan GPS ialah N5 37.129 E100 27.324. Analisis ke atas bata candi dijalankan untuk menentukan sama ada bata tersebut menggunakan bahan mentah tempatan ataupun tidak serta untuk mengetahui keadaan fizikal bata tersebut terutama cara pembakarannya. Untuk itu, dua teknik analisis dijalankan iaitu teknik Aruhan Sinar X (XRD) dan Pendarfluor Sinar X (XRF) yang masing-masing menentukan kandungan mineral bata dan juga kandungan unsur utama dan unsur surih bata. Analisis menunjukkan bahawa mineral yang terdapat dalam sampel bata di Candi Bukit Kechil terdiri daripada kuarza, muscovite, albite dan kaolinite. Kehadiran mineral kaolinite menunjukkan ada bata yang dibakar pada suhu kurang 550ÂșC dan ini menunjukkan pembakaran terbuka digunakan. Analisis kandungan unsur utama dan surih pula menunjukkan bahawa bahan mentah yang digunakan adalah bahan mentah tempatan dan sumber bahan mentah diperoleh dari kawasan lembangan Sungai Bujang dan kawasan sekitar Mukim Merbok dan Mukim Bujang.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.