UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :QA Mathematics
Main Author :Saad Noor Shah, Mohamed Zulkifley, Mohd Tajudin Nor
Title :Standard pengajaran Matematik mempertingkatkan kualiti pengajaran guru Matematik di sekolah-sekolah Malaysia (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2009
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
2006 - 2010 berhasrat untuk memastikan bukan sahaja dapat melahirkan guru yang berkualiti malahan untuk memastikan mereka yang berkualiti ini kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Bagi mencapai hasrat ini, standard pengajaran yang berkesan dan berkualiti harus diamalkan di kalangan guru-guru khususnya guru matematik. Kajian ini melibatkan tiga peringkat. Pertama, kajian literatur secara intensif tentang standard pengajaran matematik yang diperkenalkan di luar negara seperti National Council of Teacher of Mathematics (NCTM, 2000), The Australian Association of Mathematics Teachers (AAMT, 2006) dan Training and Development Agency for School (TDA, 2007). Di Malaysia, Standard Kualiti Pendidikan (2003) dan Standard Guru Malaysia (2007) turut diperkenalkan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti guru dalam perkhidmatan dan praperkhidmatan. Peringkat kedua melibatkan pembinaan instrumen soal selidik tentang standard kecemerlangan pengajaran matematik dan disahkan (kesahan muka)oleh pakar- pakar pendidikan matematik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Empat komponen (konstruk) telah dikenal pasti iaitu Amalan ikhtisas (AI), Atribut Ikhtisas (ATI), Pengetahuan Ikhtisas (PI), dan Proses Pengajaran Pembelajaran(PPPI). Instrumen ini telah diuji dalam kajian rintis dan Indek Kebolehpercayaan Cronbach's Alpha instrumen adalah melebihi 0.85. Seterusnya, pada peringkat ketiga instrumen (soal selidik) yang diperbaiki dikenali sebagai instrumen Standard Kecemerlangan Pengajaran Matematik (SET@MATH). Instrumen ini telah ditadbir secara pos kepada 224 buah sekolah di Semenanjong Malaysia secara rawak yang melibatkan seramai 1,120 orang guru matematik sekolah menengah. Seramai 820 guru matematik (73.2 %) telah memberi respon. Dapatan kajian mendapati persepsi guru matematik sangat tinggi tentang tiga komponen iaitu Atribut Ikhtisas (ATI), Amalan Ikhtisas (AI) dan Proses Pengajaran Pembelajaran Ikhtisas (PPPI). Di samping itu, satu model SET@MATH telah dibina berdasarkan Model Persamaan Berstruktur menerusi kaedah Kuasadua Terkecil Separa dan model tersebut dapat disuaikan dan boleh diterima sebagai satu model Standard Kecemerlangan Pengajaran Matematik.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)