UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :L Education (General)
Main Author :Daud Abd Rahman, Ayob Aminah, Nordin Abu Bakar, Saleh Md Noor, Gapor Abd Latif, Hashim Yusup, Abu Bakar Bhasah, Kamaruddin Kamarulzaman, Abdul Rahman
Title :Kajian penilaian terhadap peranan Sekolah Bestari Printis (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2009
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini adalah berkaitan dengan penilaian terhadap peranan Sekolah Bestari Perintis seperti mana yang dicadangkan di dalam The Malaysian Smart School:An MSC Flagship Application, A Conceptual Blueprint Responden kajian adalah 34 buah daripada 90 buah Sekolah Bestari Printis yang melibatkan 420 guru (31 guru sekolah rendah dan 389 guru sekolah menengah) dan 2,661 pelajar (253 murid sekolah rendah dan 2,408 pelajar sekolah menengah). Kajian ini menggunakan teknik tinjauan bagi mendapatkan data kuantitaf. Tiga set soal selidik dibentuk berdasarkan peranan yang terdapat di dalam The Malaysian Smart School:An MSC Flagship Application, A Conceptual Blueprint bagi mendapatkan data daripada guru, pentadbir dan pelajar. Program Statistical Package for Social Science (SPSS) version 11.5 digunakan untuk menganalisis data. Statistik frenkuensi, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis peranan Sekolah Bestari Perintis yang berkaitan dari segi peranan pengajaran dan pembelajaran; sumber manusia, kemairan dan tanggungjawab; dasar dan pelaksanaan; pengurusan dan pentadbiran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru bersikap positif terhadap peranan Sekolah Bestari Perintis sebaliknya pelajar kurang pengetahuan terhadap Sekolah Bestari Perintis. Kajian ini mencadangkan supaya pekanan diberi kepada proses pengajaran dan pembelajaran, perisian yang diberikan kepada sekolah hendaklah digunakan sepenuhnya, etika penggunaan ICT kursus-kursus pendedahan ICT, pengurusan sekolah hendaklah memantapkan pelan perancangan ICT dan sokongan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah hendaklah berterusan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)