UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :N Visual arts (General) For photography, see TR
Main Author :Abd Aziz Adnan,
Title :Art-tech persepsi pelajar semester 1 Pendidikan Seni Visual, FSM, UPSI terhadap pembelajaran bantuan komputer dalam p&p lakaran asas
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2008
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk meninjau persepsi pelajax terhadap penggunaan courseware Pengenalan Kepada Lakaran Asas. Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 11 dan EXCEL. Penyelidik menggunakan kaedah statistik inferens (ANOVA dan ujian t) dan statistik deskriptif (frekuensi, peratusan dan min). Multimedia interaktif yang dibina sebagai bahan kajian dibangunkan oleh penyelidik dengan menggunakan perisian Macromedia Director versi 8.5. Penyampaian konsep dalam perisian ini menggunakan Teori Konstruktivisme manakala konsep pembelajaran kendiri yang digunakan dalam perisian ini adalah berasaskan Teori Motivasi Humanistik. Responden kajian terdiri daripada 48 orang pelajar yang mendaftar untuk mata pelajaran Lakaran Asas di Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan persepsi pelajar dengan pembolehubah-pembolehubah terhadap penggunaan perisian multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Lakaran Asas. Pelajar juga menunjukkan minat terhadap proses pembelajaran menggunakan perisian multimedia interaktif. Kualiti keseluruhan perisian ini juga adalah menepati aspek isi kandungan dari segi keperluan pengajaran, menepati aspek rupa bentuk antara muka dan aspek teknikal. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan PBK wajar digunakan sebagai salah satu strategi pembelajaran dan pengajaran subjek Lakaran Asas dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.