UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji perubahan persepsi pre-pos pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran subjek Reka Bentuk Poster secara konvensional dan setelah diintegrasikan dengan Pembelajaran bantuan Komputer di kalangan pelajar Komunikasi Visual di Fakulti Seni Dan Muzik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk eksperimen rawak Pra-Pasca ujian satu kumpulan yang melibatkan 35 sampel. Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik dan soalan kuiz. Data dianalisis dengan menggunakan 'Courseware' SPSS versi 11 dan EXCEL. Penyelidik menggunakan kaedah statistik inferens (ANOVA dan ujian t) dan statistik deskriptif (frekuensi, peratusan dan min). Dapatan kajian menunjukkan pencapaian akademik pelajar adalah lebih tinggi dan signifikan dibandingkan dengan prestasi mereka sebelum menjalani sesi rawatan. Dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara PBK dan pembelajaran konvensional dan juga antara pencapaian pelajar dengan faktor umur. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang tidak signifikan antara faktor jantina, bangsa dan pemilikan komputer dengan pencapaian pelajar. Secara keseluruhan, majoriti pelajar mempunyai keyakinan bahawa integrasi PBK dan subjek Reka Bentuk Poster akan dapat mempertingkatkan lagi prestasi mereka. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan PBK wajar digunakan sebagai salah satu strategi pembelajaran dan pengajaran subjek Reka Bentuk Poster dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |