UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar Tahun Dua di Fakulti Seni Dan Muzik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap penggunaan perisian Painter V.7 dalam proses pengajaran dan pembelajaraxi asas lukisan. Kajian ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar dengan satu sistem Pembelajaran Bantuan Komputer yang menggunakan perisian Painter V.7, untuk mengenal pasti tahap pencapaian pelajar dari aspek kemahiran psikomotor dalam pembelajaran asas lukisan setelah menggunakan kaedah Pembelajaran Bantuan Komputer. Reka bentuk penyelidikan adalah bercorak kajian tinjauan yang mengkaji hasil penggunaan perisian Painter V.7 terhadap proses pengajaran dan pembelajaran asas lukisan. Seramai 35 orang pelajar telah dipilih daripada jumlah keseluruhan iaitu 171 orang pelajar dari Program Pendidikan Seni, FSM? UP SI. Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik dan refleksi. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11 dan EXCEL. Penyelidik menggunakan kaedah statistik inferens (ANOVA dan ujian t) dan statistik deskriptif (frekuensi, peratusan dan min). Dapatan kajian menunjukkan pada aras keyakinan 95% tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pencapaian pelajar dari aspek kognitif dan psikomotor dengan faktor jantina, bangsa dan pemilikan komputer. Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar antara pra ujian dan pasca ujian dari kedua-dua aspek iaitu aspek kognitif dan psikomotor. Pencapaian pelajar dari aspek kognitif dan psikomotor telah menunjukkan peningkatan berbanding dengan hanya menggunakan kaedah konvensional sahaja. Manakala, dalam refleksi terhadap penggunaan perisian Painter V.7 dalam pembelajaran, secara keseluruhannya hanya satu item dalam aspek kemahiran sahaja yang mendapat reaksi negatif mengatasi reaksi positif. Manakala, sembilan aspek yang lain adalah positif. Secara keseluruhannya, secara majoriti refleksi pelajar mencerminkan reaksi positif berbanding negatif. Pensyarah juga perlu bersedia untuk memberikan latihan yang seimbang iaitu antara pembelajaran lukisan secara konvensional dan juga PBK. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |