UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :L Education (General)
Main Author :Mohd Shokory Suzyanty, Zainol Zuraidah, Hashim Asmawi,
Title :Pengaruh tahap pendidikan dan program latihan ke atas survival perniagaan bumiputera (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2008
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Melalui penganjuran pelbagai program pendidikan dan latihan yang berteraskan kepada pembudayaan keusahawanan, latihan asas perniagaan dan kursus-kursus teknikal, terdapat peningkatan dalam penglibatan kaum Bumiputera dalam bidang perniagaan. Namun, sejauh manakah usaha-usaha membudayakan keusahawanan melalui pendidikan dan latihan ini mampu menyumbang kepada kejayaan dan survival sesebuah perniagaan? Sehubungan itu, kajian ini cuba untuk menilai sejauh mana tahap pendidikan usahawan Bumiputera dan penglibatan mereka dalam programprogram latihan berupaya mempengaruhi kejayaan usahawan Bumiputera dalam menerajui perniagaan dan seterusnya menjamin survival perniagaan tersebut. Data yang diperoleh melalui edaran soal selidik kepada 1000 orang usahawan Bumiputera di seluruh Malaysia dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dengan melibatkan analisis deskriptif dan ujian Pearson Chi-square. Dapatan kajian seterusnya mendedahkan bahawa untuk menjamin survival perniagaan Bumiputera, usahawan perlu mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, iaitu pencapaian Diploma dan ke atas, menghadiri latihan dengan kekerapan minimum lima kali setahun dan menumpukan kepada jenis latihan yang berteraskan kewangan dan teknikal.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)