UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :H Social Sciences (General)
Main Author :Hashim Asmawi, Zainol Zuraidah, Mohd Shokory Suzyanty,
Title :Kecenderungan graduan untuk menceburi bidang perniagaan sebagai kerjaya (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2008
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Menyedari hakikat pentingnya sumbangan keusahawanan ke atas pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, kerajaan telah mengambil langkah drastik untuk memperhebatkan usaha mempromosikan dan membudayakan keusahawanan di kalangan masyarakat terutarnanya golongan muda. Ekoran daripada itu, bilangan usahawan yang memulakan perniagaan pada usia yang lebih muda di Malaysia semakin meningkat. Malahan, ada juga di kalangan mereka ini yang memiliki kelayakan pendidikan yang lebih tinggi. Meskipun begitu, laporan akhbar di sekitar tahun 2005 menunjukkan bilangan pengangguran di kalangan graduan adalah cukup tinggi. Timbul satu persoalan di sini, adakah para graduan tersebut tidak langsung berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan mengharapkan keijaya makan gaji semata-mata? Sehubungan itu, bagi mengenal pasti mekanisme sesuai untuk menarik minat graduan untuk bekeija sendiri, kajian ini cuba menilai faktor-faktor yang memotivasikan usahawan graduan untuk memilih perniagaan sebagai kerjaya. Data untuk kajian ini dikumpulkan menggunakan borang soal selidik yang diubah suai daripada Entrepreneurial Profile Questionnaire (EPQ). Sampel kajian yang terdiri daripada 1000 orang usahawan dipilih menggunakan pensampelan rawak berstrata daripada senarai usahawan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan ujian Chi-square. Dapatan kajian mendedahkan bahawa faktor utama yang mendorong graduan memilih perniagaan sebagai keijaya adalah apabila mereka merasakan bahawa mereka telah cukup bersedia daripada aspek pengetahuan dan pengalaman. Selain itu, dapatan turut menunjukkan bahawa faktor bukan kewangan dan faktor tarikan lebih memberikan impak yang signifikan berbanding faktor kewangan mahupun faktor desakan. Justeru, bagi menggalakkan graduan memilih perniagaan sebagai kerjaya, bidang keusahawanan haruslah menjadi satu bidang yang menarik untuk diceburi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)