UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan modul video amali kimia tingkatan 4 bagi topik Asid dan Bes. Kajian ini dilakukan dalam tiga peringkat. Peringkat pertama ialah kajian terhadap tahap pelaksanaan amali tingkatan 4 bagi topik Asid dan Bes di kalangan 50 orang guru Kimia tingkatan 4 yang mengajar di sekolah-sekolah sekitar daerah Klang. Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan Amali 1 (54%), Amali 2 (50%), Amali 3 (54%) dan Amali 4 (52%) berada pada tahap yang sederhana. Kekangan masa (41 - 52%) dikenalpasti sebagai faktor utama penghalang pelaksanaan amali-amali tersebut. Peringkat kedua kajian adalah pembinaan modul video. Modul ini dibina penggunaan perisian Open Source Audacity bagi rakaman audio, perisian Sony Vegas Version 6 bagi penyuntingan video, perisian Apple ffmpeg dan Apple DVD Studio Pro bagi penukaran video kepada format MPEG dan DVD. Modul ini merangkumi 4 amali dalam topik Asid dan Bes yang mengandungi rakaman video prosedur lengkap dan panduan guru mengenai amali yang terlibat. Peringkat ketiga kajian adalah meninjau persepsi 20 orang guru dan 150 orang pelajar aliran sains di sekolah sekitar daerah Kuala Selangor terhadap modul video yang dibina. Instrumen yang digunakan adalah set soal selidik yang meliputi aspek isi kandungan, persembahan dan pandangan responden terhadap modul. Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju dan mempunyai persepsi yang positif terhadap modul video yang dibina. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |