UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :BF Psychology
Main Author :Mamat Zulkifli,
Title :Tekanan dan burnout dalam kalangan kaunselor sekolah menengah di negeri Pahang Darul Makmur (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2008
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan tekanan dan burnout serta mengenalpasti kesan-kesan tekanan yang dialami oleh kaunselor sekolah-sekolah menengah empat daerah di negeri Pahang. Seramai 200 orang responden telah mengisi dan menjawab borang soal selidilc yang terdiri dari 82 orang responden lelaki dan 118 orang responden perempuan. Maklumatmaklumat kajian diperolehi dengan menggunakan satu set borang soal selidik. Data tersebut -dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS versi 11. Pembolehubahpembolehubah tunggal dilaporkan dalam bentuk peratus, min, median dan kekerapan. Manakala perkaitan angkubah bebas dan angkubah bersandar diuji dengan menggunakan Ujian-t dan Kolerasi Pearson (r). Dapatan kajian menunjuklcan faktor-faktor tekanan seperti perhubungan kerja dan persekitaran terdapat hubungan yang signifikan di antara kaunselor lelaki dengan kaunselor perempuan. Manakala faktor-faktor yang menyebabkan burnout seperti bidang kerja, tekanan kerja dan konflik peranan terdapat perbezaan yang signifikan di antara kaunselor lelaki dengan kaunselor perempuan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perkaitan di antara kaunselor yang mempunyai masalah tekanan yang tinggi terhadap masalah fisiologi dan psikologi. Ini menggambarkan kaunselor di sekolah-sekolah menengah empat daerah di negeri Pahang mengalami tekanan dan burnout yang sangat tinggi. Oleh itu, sebagai usaha untuk mengurangkan masalah tekanan dan burnout dalam kalangan kaunselor tersebut, adalah dicadangkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap beban tugas serta kebajikan mereka.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)