UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :HB Economic Theory
Main Author :Ab Wahid Hariyaty,
Title :Tinjauan awal pemikiran keusahawan di kalangan pentadbir sekolah rendah (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2008
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan meninjau gaya pemikiran keusahawanan dalam kalangan 200 orang pentadbir sekolah rendah di daerah Kinta di Negeri Perak dalam menguruskan sekolah masing-masing. Fokus kajian adalah untuk melihat sama ada gaya pemikiran para pentadbir sekolah sama seperti gaya pemikiran seorang usahawan atau sebaliknya dengan meninjau tahap ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh pentadbir sekolah dan tahap pemikiran keusahawanan yang dominan diamalkan oleh pentadbir sekolah dalam menguruskan sekolah. Sefein itu, gaya pemikiran pentadbir sekolah dalam menguruskan sekolah akan ditinjau dari aspek latar belakang pentadbir sekolah dan ciri-ciri keusahawanan yang ada pada pentadbir sekolah. Kajian yang dijalankan adalah kajian tinjauan dalam pendekatan kuantitatif. Soal selidik telah digunakan untuk memungut data dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.00 dan dipersembahkan dalam bentuk skor min dan sisihan piawai, peratusan, frekuensi dan ujian statistik seperti ujian -t dan ujian korelasi Pearson (r). Dapatan kajian ini menunjukkan tahap ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh pentadbir sekolah adalah tinggi dalam keempat-empat dimensi kajian. Tahap ciri keusahawanan yang paling menonjol ialah ciri berorientasikan matlamat. Dapatan kajian juga menunjukkan gaya pemikiran keusahawanan pentadbir sekolah adalah tinggi dalam ketiga-tiga dimensi yang dikaji. Pemikiran kreatif dan inovatif ialah pemikiran keusahawanan yang paling dominan diamalkan oleh pentadbir sekolah. Dapatan turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara ciri-ciri keusahawanan dengan pemikiran keusahawanan berdasarkan faktor jantina dan lokasi sekolah. Bagaimanapun, wujud hubungan positif pada kadar yang tinggi antara ciri-ciri keusahawanan dengan pemikiran keusahawanan pentadbir sekolah dalam pengurusan sekolah. Implikasi dari dapatan ini menunjukkan bahawa pentadbir sekolah rendah di daerah Kinta di Negeri Perak memiliki ciri-ciri dan pemikiran ala usahawan. Oleh yang demikian, barisan pentadbir sekolah perlu sedar akan ciri-ciri keusahawanan dan potensi pemikiran keusahawanan yang ada pada diri mereka serta menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi menambahbaik keadaan pengrusan sekolah masing-masing.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)