UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Penilaian merupakan satu tugas profesional yang paling penting kepada guru prasekolah. Guru-guru menjalankan penilaian dalam kelas untuk mengetahui pencapaian dan objektif yang ditetapkan dapat dikuasai oleh kanak-kanak. Penyelidikan ini dilaksanakan untuk melihat kepercayaan guru prasekolah tentang penilaian dalam pendidikan prasekolah. Responden kajian terdiri daripada 100 orang guru prasekolah dari Kementerian Pelajaran Malaysia, KEMAS dan PERPADUAN di daerah Batang Padang. Data-data penyelidikan diperolehi melalui soal selidik dan keputusan penyelidikan menunjukkan guru prasekolah mempunyai kepercayaan yang tinggi tentang penilaian dalam aspek tujuan, teknik, penggunaan dan keperluan latihan dan perkembangan keperluan profesional. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |